Posts

Pengurusan Murid dari Aspek Motivasi

Motivasi merupakan salah satu aspek yang penting dalam pengurusan murid. Menurut Zaliza Mohamad Nasira dan Zaitul Azma Zainon Hamzah (2014), motivasi didefinisikan sebagai penggerak yang melibatkan proses membangkit, mengekal dan mengawal minat. Secara umumnya, motivasi boleh ditafsirkan sebagai tingkah laku untuk mencapai keinginan dalam diri yang akan mendorong seseorang untuk mencapai tujuannya. Jenis-jenis Motovasi 1.  Motivasi intrinsik   Motivasi yang wujud daripada rangsangan dalaman.  Berkait dengan sifat semula jadi yang terdapat dalam diri seseorang.  Contoh : Perasaan ingin tahu dalam diri pelajar membuatkan mereka lebih bersemangat. 2.  Motivasi ekstrinsik  Motivasi yang wujud kerana terdapat rangsangan dari luar.  Seseorang terdorong untuk melakukan sesuatu dengan mengharapkan ganjaran.  Contoh : seseorang pelajar akan bersungguh-sungguh untuk mencapai prestasi yang baik dalam peperiksaan sup...

Faktor Kesediaan Murid Belajar

  Faktor Kesediaan Murid Belajar  Kesediaan belajar seseorang pelajar didorong oleh beberapa faktor dominan. Faktor-faktor dominan ini mempengaruhi kesediaan belajar dalam memastikan penyampaian pengajaran dan pemudahcaraan (PdP) yang berkesan.    1.  Faktor Pengalaman      Pengalaman yang dimiliki seseorang pelajar merupakan asas pengajaran dalam proses penerimaan pengajaran baharu yang disampaikan guru. Hal ini dikatakan demikian kerana pengalaman sedia ada seseorang pelajar memudahkan pelajar untuk menerima pengajaran tambahan melalui guru sekiranya mempunyai pengalaman lepas mengenai topik yang dibincangkan. 2. Faktor Kematangan  Kematangan berlaku apabila wujudnya proses perubahan tahap pertumbuhan fisiologi yang memberi impak kepada perkembangan dari aspek fizikal, mental, sosial dan emosi.     2.1  Kematangan Fizikal                Kematangan dari aspek fizikal diukur kepada...

Jenis Kesediaan Murid

  Kesediaan Kognitif Kesediaan kognitif merujuk kepada peringkat perkembangan mental untuk menerima rangsangan dan memahaminya, menaakul dan berfikir serta dapat menghubungkaitkan pengalaman sedia ada seseorang. Kamarudin (1997) menghuraikan kesediaan pembelajaran kognitif adalah kebolehan sedia ada yang telah dimiliki oleh pelajar sebelum mereka mendapat faedah daripada pembelajaran yang baru. Sebagai contoh, ketika kita membaca bahan dalam bab ini dan cuba memahaminya, kita sedang menekankan aspek kognitif. Begitu juga ketika kita mendengar dan cuba memahami kuliah yang disampaikan oleh pensyarah. Apabila seseorang individu telah mencapai kesediaan mental, pencapaian akademiknya adalah selaras dengan usaha dan latihan yang dilaluinya. Kesediaan Afektif Merupakan sikap dan minat pelajar terhadap sesuatu pelajaran. Kamarudin Hj. Husin (1997) ada menjelaskan bahawa kesediaan afektif merupakan kesediaan sikap, perasaan dan nilai seseorang individu terhadap pelajaran yang diikutinya....

Kepentingan Pengurusan Murid

Pengurusan murid sedikit sebanyak dapat membantu dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berkualiti serta mampu berfikir dengan matang. Oleh itu, pengurursan murid ini amatlah penting dan perlu diberikan perhatian. Antara kepentingan pengurusan murid yang perlu ditekankan ialah: 1. Memudahkan Proses Pembelajaran Melalui pengurusan rekod murid, proses pembelajaran akan berlangsung dengan lebih mudah. Hal ini demikian kerana guru akan meneydiakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terlebih dahulu. RPH merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran yang akan dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Ianya bertujuan untuk membantu meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar sekali gus memastikan objektif pembelajaran berjaya dicapai. Selain itu, ianya juga membolehkan guru untuk mengajar mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Noor Shamshinar Zakaria et.al menjelaskan bahawa: RPH memberi idea yang jelas kepada guru tentang isi pelajaran yang perlu diajar sepanjang hari tersebut. G...

Pengurusan Rekod Murid

Image
Pengurusan rekod murid boleh dilakukan mengikut dua sistem iaitu secara manual iaitu bertulis dan secara atas talian. Setiap rekod ini perlulah dikendalikan dengan cermat supaya rekod murid tidak akan tercicir dan akan mendatangkan masalah kepada murid dan juga pihak sekolah.   1.       Rekod kedatangan murid Rekod kedatangan murid selalunya dikumpulkan di dalam satu fail yang dikenali sebagai Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM). BJKM merupakan dokumen rasmi yang digunakan bagi merekod kehadiran murid setiap hari dan juga digunakan sebagai rujukan maklumat murid pada masa hadapan. Contoh salah satu lampiran di dalam Buku Jadual Kedatangan Murid :-   2 .       Rekod kehadiran kokurikulum Kehadiran kokurikulum murid direkodkan di dalam Buku Rekod Penilaian Kokurikulum. Kehadiran adalah salah satu aspek yang perlu dipenuhi oleh seseorang murid selain daripada jawatan disandang, penglibatan dan pencapaian. Markah yang d...

Pengenalan Pengurusan Murid

Image
Pengenalan  Menurut Jaafar Muhammad (1998) menyatakan bahawa  pengurusan merupakan satu proses pengagihan input dengan perancangan, pengorganisanian, pengarakan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output yang diperlukan oleh pelanggan supaya organisasi mencapai matlamat. Pengurusan murid adalah salah satu aspek penting di dalam pentadbiran sekolah. Hal ini demikian kerana untuk memastikan kelancaran urusan pihak pentadbiran sekolah dan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc) di sekolah. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid merupakan orang yang bertanggujawab untuk mengendalikan urusan pentadbiran sekolah. Pihak pengurusan sekolah akan menguruskan mengenai hal ehwal murid agar mencapai matlamat sekolah yang berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pengurusan murid ini amat penting untuk mencapai misi dan visi sesebuah sekolah untuk melahirkan murid yang berkualiti dari pelbagai aspek. Pengurusan murid yang efektif akan memberikan impak positif k...