Kepentingan Pengurusan Murid

Pengurusan murid sedikit sebanyak dapat membantu dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berkualiti serta mampu berfikir dengan matang. Oleh itu, pengurursan murid ini amatlah penting dan perlu diberikan perhatian. Antara kepentingan pengurusan murid yang perlu ditekankan ialah:

1. Memudahkan Proses Pembelajaran

Melalui pengurusan rekod murid, proses pembelajaran akan berlangsung dengan lebih mudah. Hal ini demikian kerana guru akan meneydiakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terlebih dahulu. RPH merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran yang akan dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Ianya bertujuan untuk membantu meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar sekali gus memastikan objektif pembelajaran berjaya dicapai. Selain itu, ianya juga membolehkan guru untuk mengajar mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Noor Shamshinar Zakaria et.al menjelaskan bahawa:

RPH memberi idea yang jelas kepada guru tentang isi pelajaran yang perlu diajar sepanjang hari tersebut. Guru perlu menyediakan RPH bagi setiap subjek yang diajarnya walaupun subjek yang diajar adalah sama tetapi berbeza dari segi tahap pelajar. Hal ini kerana guru perlu meyediakan RPH yang sesuai dengan tahap pelajar seperti melakukan aktiviti pengajaran yang berbeza di anatara satu kelas dengan kelas yang lain (ms. 2).

Dengan adanya RPH ini, proses pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan menarik. Guru tidak akan terpesong jauh semasa memberi penerangan kerana telah mempunyai panduan yang tepat dan ringkas. Ini akan menyebabkan tempoh masa pembelajaran menjadi lebih singkat dan pelajar dapat menggunakan masa tersebut untuk mengulangkaji mata pelajaran yang mereka lemah. Sekiranya guru tidak mengajar mengikut sukatan yang disediakan, objektif pembelajaran akan sukar untuk dicapai. Dalam masa yang sama, pelajar berkemungkinan tidak dapat untuk memahami pembelajaran pada hari tersebut. Pelajar juga mempunyai peluang untuk gagal dalam peperiksaan kerana tidak berjaya untuk menjawab soalan peperiksaan dengan baik.

2. Membantu Pelajar Memahami Dengan Lebih Mudah

Penyediaan RPH yang sesuai dengan tahap fahaman pelajar semestinya mampu membantu mereka untuk memahami pembelajaran dengan lebih mudah. Hal ini kerana setiap pelajar mempunyai tahap kefahaman yang berbeza-beza. Oleh itu, guru hendaklah menyediakan pelbagai bentuk kaedah pengajaran dan ianya haruslah sesuai untuk diguna pakai ke atas semua pelajar. Berdasarkan kajian Nurfazila Abdul Malik (2013):

Menurut Alsagoff, (1983) pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang diingini dimana ia melibatkan corak pengajaran berstruktur dari segi organisasi bilik darjah serta mementingkan isi pelajaran. Selian itu , ia juga merujuk kepada perihal pengajaran guru yang lebih memuaskan kepada pelajar sehingga mereka tertarik mengikuti aktiviti pembelajaran (ms. 18).


Guru hendaklah menganalisis tahap kefahaman pelajarnya terlebih dahulu sebelum menyediakan RPH. Ini adalah untuk memastikan agar tiada pelajar yang akan ketinggalan dari segi pembelajaran. Sebagai contoh, pelajar yang lemah dalam mata pelajaran Matematik memerelukan fahaman dari segi analogi bagi memudahkan mereka untuk memahami konsep dan kegunaan sesuatu formula matematik. Sekiranya pengurusan rekod murid seperti RPH ini dilaksanakn dengan rapi dan sistematik, pelajar akan lebih mudah untuk memahami sesebuah topik yang diterangkan.

3. Meningkatkan Motivasi Pelajar

Motivasi adalah sejenis rangsangan yang mampu meningkatkan minat seseorang individu untuk mencapai sesuatu matlamat. Menurut Lily Hanefarezan Asbulah, Maimun Aqsha Lubis, Ashinida Aladdin dan Musab Sahrim (2018), antara ciri-ciri pelajar yang bermotivasi tinggi ialah mereka lebih berkomited dalam melaksanakan setiap tugasan, berminat untuk belajar dan menumpukan perhatian semasa belajar. Selain itu, mereka juga mudah untuk memahami arahan guru dan aktif di dalam mahupun di luar kelas. Ini menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai tahap motivasi yang lebih tinggi lebih cenderung untuk berjaya.

Pengrurusan murid yang sistematik mampu melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi, Menurut kajian Nurfazila Abdul Malik (2013) “Pengajaran perlu dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk dilaksanakan dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan pelajar supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan” (ms. 19). Hal ini demikian kerana pengrurusan murid yang sistematik mampu untuk memudahkan pelajar memahami apa yang di ajar oleh guru. Ini sedikit sebanyak akan menaikkan minat pelajar untuk fokus di dalam kelas sekali gus meningkatkan peratus pelajar cemerlang. Sekiranya pelajar tidak mempunyai motivasi untuk belajar, mereka akan kurang berminat untuk menuntu ilmu.

Seorang guru itu haruslah mampu untuk memberi motivasi kepada pelajarnya tidak secara langsung atau tidak lagsung. Hal inid emikian keraan motivasi turut mampu meningktatkan keyakinan seseorang pelajar. Pelajar bermotivasi akan lebih berkeyakinan untuk menonjolakn dirinya di hadapan kelas. Terdapat 2 teknik yang boleh digunakan untuk memotivasikan pelajar iaitu teknik intristik dan teknik ekstrinsik. Oleh itu, amatlah penting untuk guru mengurus murid dengan penuh sistematik agar motivasi pelajar dapat ditingkatkan.

4. Mengenal Pasti Tahap Kesediaan Murid

Kesediaan merupakan keadaan di mana seseorang individu bersedia untuk mempelajari dan memperolehi sesuatu pengalaman yang baharu. Terdapat 3 jenis tahap kesediaan belajar iaitu kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor. Kesediaan kognitif merujuk kepada kesediaan seseorang individu dari segi mental unutk memahami dan memikir sesuatu keadaan yang baru. Sebagai contoh, pelajar dalam lingkungan umur 14-17 tahun telah mula bersedia untuk mempelajari sesuatu yang lebih kompleks. Selain itu, kesediaan afektif bermaksud keiinginan seseorang individu untuk melakukan sesuatu perkara baharu antaranya termasuklah aktiviti pembelajaran. Kesediaan psikomotor pula merujuk kepada individu yang bersedia untuk melakukan sesuatu aktiviti fizikal dalam proses pembelajaran baharu.

Setiap pelajar mempunyai tahap kesedian belajar yang berbeza. Bagi mengenal pasti tahap kesediaan setiap murid, guru perlulah terlebih dahulu mencuba dengan pelbagai kaedah dan gaya pengajaran semasa di dalam kelas. Dengan ini, guru akan dapat mengenalpasti tahap kesediaan murid untuk belajar. Ini akan memudahkan kerja guru untuk menetapkan kaedah pembelajaran yang sesuai untuk diguna pakai. Sekiranya guru tidak melakukan perancangan awal sebelum memasuki kelas, guru akan mengalami kesukaran untuk memastikan kesemua pelajar di dalam kelas tersebut berjaya memahami objektif pembelajaran.

Rujukan

Azizi Yahya dan Zainuddin Abu Bakar (2010). Teori-Teori Perkembangan. Diperoleh      daripada: https://www.researchgate.net/publication/46405353_Bab_2_Teori-teori_Perkembangan

Lily Hanefarezan Asbulah, Maimun Aqsha Lubis, Ashinida Aladdin & Musab Sahri. (2018). Tahap Motivasi Holistik, Intrinsik dan Ekstrinsik Terhadap Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Arab Dalam Kalangan Graduan Universiti Awam. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 33, 75–93. Diperoleh daripada: https://www.researchgate.net/publication/332113903_Tahap_Motivasi_Holistik_Intrinsik_dan_Ekstrinsik_Terhadap_Pembelajaran_Kosa_Kata_Bahasa_Arab_dalam_Kalangan_Graduan_Universiti_Awam

Noor Shamshinar Zakaria, Mohd Salihin Hafizi Mohd Fauzi, Zakiah Hassan, Julia Madzalan & Haslina Hamzah. Kompetensi Guru Pelatih Dalam Penulisan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Arab. Diperoleh daripada: http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/19-NOOR-SHAMSINAR.pdf

Nurfazila Abdul Malik. (2013). Penerapan Ciri-Ciri Guru Berkesan Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Semasa Latihan Mengajar Dalam Kalangan Pelajar Sarjana UTHM. Diperoleh daripada: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4186/

Suppiah Nachiapan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd.Aziz Abd.Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah. (2012). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar (Edisi Kedua. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Comments

Popular posts from this blog

Faktor Kesediaan Murid Belajar

Jenis Kesediaan Murid

Pengurusan Murid dari Aspek Motivasi