Pengurusan Rekod Murid
Pengurusan rekod murid boleh dilakukan mengikut dua sistem iaitu secara manual iaitu bertulis dan secara atas talian. Setiap rekod ini perlulah dikendalikan dengan cermat supaya rekod murid tidak akan tercicir dan akan mendatangkan masalah kepada murid dan juga pihak sekolah.
1.
Rekod kedatangan murid
Rekod kedatangan murid selalunya dikumpulkan di dalam satu fail
yang dikenali sebagai Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM). BJKM merupakan
dokumen rasmi yang digunakan bagi merekod kehadiran murid setiap hari dan juga
digunakan sebagai rujukan maklumat murid pada masa hadapan. Contoh salah satu
lampiran di dalam Buku Jadual Kedatangan Murid :-
2.
Rekod kehadiran kokurikulum
Kehadiran kokurikulum murid direkodkan di dalam Buku Rekod
Penilaian Kokurikulum. Kehadiran adalah salah satu aspek yang perlu dipenuhi
oleh seseorang murid selain daripada jawatan disandang, penglibatan dan
pencapaian. Markah yang diperntukkan untuk kehadiran juga adalah paling tinggi
daripada aspek lain iaitu 50% kerana ia untuk menggalakkan murid untuk hadir
pada setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Contoh lampiran di dalam Buku
Rekod Penilaian :-
3.
Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) merupakan salah satu rekod
atas talian yang digunakan untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.
Guru yang paling bertanggungjawab mengemaskini maklumat murid di dalam APDM
ialah guru kelas. Setiap maklumat di dalam sistem tersebut diambil daripada
sistem Jabatan Pendaftaran Negara tetapi maklumat peribadi murid dan penjaga
mereka perlulah dikemaskini dari semasa ke semasa. Hal ini dilakukan untuk
memastikan setiap maklumat yang diisi tepat. Gambar di bawah merupakan laman
web Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
4.
Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)
Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) merupakan salah satu cabang
didalam Modul Pengurusan Murid selain daripada Aplikasi Pangkalan Data Murid
(APDM). Sistem ini amat penting dalam pengurusan disiplin murid Sistem ini
dilakukan bagi menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid.
Setiap elemen yang dinilai dan dimasukkan di dalam sistem ini, mata atau markah
murid akan meningkat dan status sahsiah mereka juga akan menjadi lebih baik.
Antara ciri-ciri SSDM ialah SSDM merupakan pangkalan data disiplin tunggal,
sistem pemantauan dan pengawalan tahap disiplin murid, pengukur sahsiah murid
dan sistem mudah diakses oleh semua pihak. Gambar dibawah merupakan laman web
Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).
5.
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
Setiap rekod berkaitan peperiksaan seperti menyimpan, mengumpul dan
menganalisis data keputusan peperiksaan murid akan dilaksanakan di dalam Sistem
Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Sistem ini dilakukan secara atas talian
berbanding secara manual supaya semua pihak seperti Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD), sekolah mahupun ibu bapa dapat mengakses dan mengukur prestasi akademik
setiap murid. SAPS juga mengeluarkan data yang telah dianalisis maka sekolah
dapat mengesan kelemahan murid tersebut dengan lebih mudah.
Rujukan
Jaafar Abdullah. Pengurusan
Buku Rekod Kedatangan Murid. Diperoleh daripada SCRIBD:
https://www.scribd.com/doc/187887894/Pengurusan-Buku-Rekod-Kedatangan-Murid
Mohd Afizi Bin Md Ali. Apa Itu Sistem Analisis
Peperiksaan Sekolah (SAPS)? Diperoleh daripada Sistem Guru Online:
https://www.sistemguruonline.my/2017/06/adakah-anda-tahu-apa-itu-sistem-analisis-peperiksaan-sekolah-saps.html
Opie Mohamad. (2014, March 1). Pengurusan Rekod Murid.
Diperoleh daripada Slideshare: https://www.slideshare.net/jojomimi/pengurusan-rekod-murid
UPND. (2020, Januari 27). SSDM – Sistem Sahsiah Diri
Murid. Diperoleh daripada UPND: https://upnd.com.my/ssdm/
Encik X. (2014, May 24). APDM - Aplikasi Pangkalan Data
Murid. Diperoleh daripada Blogspot: http://apdm1.blogspot.com/
Comments
Post a Comment