Pengenalan Pengurusan Murid




Pengenalan 

Menurut Jaafar Muhammad (1998) menyatakan bahawa  pengurusan merupakan satu proses pengagihan input dengan perancangan, pengorganisanian, pengarakan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output yang diperlukan oleh pelanggan supaya organisasi mencapai matlamat. Pengurusan murid adalah salah satu aspek penting di dalam pentadbiran sekolah. Hal ini demikian kerana untuk memastikan kelancaran urusan pihak pentadbiran sekolah dan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc) di sekolah. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid merupakan orang yang bertanggujawab untuk mengendalikan urusan pentadbiran sekolah. Pihak pengurusan sekolah akan menguruskan mengenai hal ehwal murid agar mencapai matlamat sekolah yang berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Pengurusan murid ini amat penting untuk mencapai misi dan visi sesebuah sekolah untuk melahirkan murid yang berkualiti dari pelbagai aspek. Pengurusan murid yang efektif akan memberikan impak positif kepada perkembangan diri murid. Pengurusan murid ini juga merupakan satu perancangan pengurusan yang sistematik untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Selain itu, melalui pengurusan murid ini dapat membina satu budaya dan hubungan di antara guru, murid dan ibu bapa. Sehubungan dengan itu, pelbagai pihak harus berganding bahu dalam usaha untuk melahirkan murid yang mahir dari pelbagai aspek.

Pengurusan murid ini bertujuan untuk membantu pihak pengurusan sekolah merekod maklumat peribadi mengenai murid. Pihak pengurusan dapat mengetahui tentang latar belakang keluarga murid, pencapaian akademik dan kehadiran murid. Hal ini bagi memastikan murid yang memerlukan bantuan dapat dikenal pasti dan diberikan bantuan dengan segera. Selain itu, membantu guru dalam merancangkan aktiviti yang sesuai dengan tahap murid sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Umum mengetahui bahawa kognitif setiap pelajar tidak sama di antara sama lain. Sehubungan dengan itu, guru dapat merangka perancangan yang selaras dengan perkembangan kognitif, minat dan pencapaian murid. Seterusnya, guru dapat merekod kehadiran murid ke sekolah dan mengesan murid yang bermasalah.


Objektif Pengurusan Murid 
  • mengetahui jenis rekod dalam pengurusan murid 
  • mengenal pasti konsep murid sari segi kognitif, afektif dan psikomotor
  • memberikan motivasi instrinsik dan ekstrinsik untuk meningkatkan prestasi dalam pembelajaran

Rujukan 

Jaafar Muhammad (1995). Asas Pengurusan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill (M) Sdn.Bhd.

Suppiah Nachiapan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd.Aziz Abd.Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah. (2012). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar (Edisi Kedua). Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.


Comments

Popular posts from this blog

Faktor Kesediaan Murid Belajar

Jenis Kesediaan Murid

Pengurusan Murid dari Aspek Motivasi