Pengenalan Pengurusan Murid

Pengenalan Menurut Jaafar Muhammad (1998) menyatakan bahawa pengurusan merupakan satu proses pengagihan input dengan perancangan, pengorganisanian, pengarakan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output yang diperlukan oleh pelanggan supaya organisasi mencapai matlamat. Pengurusan murid adalah salah satu aspek penting di dalam pentadbiran sekolah. Hal ini demikian kerana untuk memastikan kelancaran urusan pihak pentadbiran sekolah dan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc) di sekolah. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid merupakan orang yang bertanggujawab untuk mengendalikan urusan pentadbiran sekolah. Pihak pengurusan sekolah akan menguruskan mengenai hal ehwal murid agar mencapai matlamat sekolah yang berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pengurusan murid ini amat penting untuk mencapai misi dan visi sesebuah sekolah untuk melahirkan murid yang berkualiti dari pelbagai aspek. Pengurusan murid yang efektif akan memberikan impak positif k...